Conquering Caucasus (Part 4)

Sarpi & Batumi Imigresion 

Lalu imigresen Turkey takde masalah.

Sampai di Imigresen Georgia dalam pukul 8.20am waktu tempatan.
Beratur. Bila giliran kita sampai, officer tu tanya macam-macam soalan.
Untuk apa datang ke Georgia?
Kena lah jawab tourism.
Itu pun officer tu macam tak confident je nak bagi masuk.
Dia call boss dia agaknya tanya pemegang passport Malizia boleh masuk ke tak.
Boss dia datang kubikal, belek-belek passport.
Dibawa passport foreigner yang diorang rasa pelik dan jarang dapat ni masuk ke sebuah bilik.
Dalam bilik tu sekali lagi kena cek, untuk verify setiap orang.
Risau tak dapat masuk sana.
Akhirnya berjaya.



Dila mshvidobisa saqartvelo !!

Sambil menunggu bas yang sama, kami berkenalan dengan seorang jejaka Georgia.
Namanya Geo. Seorang pelajar yang baru pulang dari berjalan-jalan di Istanbul.


Sebenarnya, Geo dah tegur aku masa kat satu perhentian lagi.
Geo menerangkan kita dah masuk area Batumi.
Kami berdiri berhampiran Laut Hitam (Black Sea).

No comments: