Conquering Caucasus (Part 4)

Sarpi & Batumi Imigresion 

Lalu imigresen Turkey takde masalah.

Sampai di Imigresen Georgia dalam pukul 8.20am waktu tempatan.
Beratur. Bila giliran kita sampai, officer tu tanya macam-macam soalan.
Untuk apa datang ke Georgia?
Kena lah jawab tourism.
Itu pun officer tu macam tak confident je nak bagi masuk.
Dia call boss dia agaknya tanya pemegang passport Malizia boleh masuk ke tak.
Boss dia datang kubikal, belek-belek passport.
Dibawa passport foreigner yang diorang rasa pelik dan jarang dapat ni masuk ke sebuah bilik.
Dalam bilik tu sekali lagi kena cek, untuk verify setiap orang.
Risau tak dapat masuk sana.
Akhirnya berjaya.



Dila mshvidobisa saqartvelo !!

Sambil menunggu bas yang sama, kami berkenalan dengan seorang jejaka Georgia.
Namanya Geo. Seorang pelajar yang baru pulang dari berjalan-jalan di Istanbul.


Sebenarnya, Geo dah tegur aku masa kat satu perhentian lagi.
Geo menerangkan kita dah masuk area Batumi.
Kami berdiri berhampiran Laut Hitam (Black Sea).

Conquering Caucasus (Part 3)


Hari ke dua perjalanan.
Dari hotel kami menuju ke Emniyet Station.
Jalan kaki sikit je.





Emniyet Station ni station bas di Istanbul.
Di sini banyak bas untuk perjalanan jauh.
Kami membeli tiket bas ke Tbilisi.
Istanbul > Tbilisi = 100 Lira

Perjalanan memakan masa 29jam.
Bas bergerak pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan.
Overnight dalam bas selama satu malam.

Bas ni akan berhenti di setiap 2 jam di perhentian yang terpilih.. ewahh... hehe
Kadang-kadang sekejap je dalam 15 minit.
Paling lama 30 minit. Itu pun untuk lunch & dinner atau breakfast.
Dalam bas ni disediakan air mineral untuk semua penumpang.
Kalau nak mintak je.

Conquering Caucasus (Part 2)

On Board & Touch Down Attarturk Int. Airport

Masuk flight dengan penuh semangat. (hahaha)
Dengan yakin dan confident (err sama la kan)
terus maju ke dalam mencari tempat duduk.

Masuk dulu, baru terhegeh-hegeh nak tengok number seat kat boarding pass.
Nasib baik tak masuk terus ke dalam.
Seat number 10A & 10B...
Rupanya seat tu depan sekali.
Patah balik ke depan.
Mula-mula macam tak percaya.
Sebab aku jarang dapat hot seat macam tu.
Kak Fiza siap tanya pramugari untuk confirmkan seat tu.



Aku dah mula perasan macam dapat duduk kat seat business class..
hahahha
boleh tegakkan kaki lagi.
Dapat jugak la merasa hot seat yang tak pernah aku dapat sebelum ni.
Best jugak sebab luas. Senang nak keluar masuk pergi washroom.



Take Off !! Goobye Kuala Lumpur. Sampai jumpa lagi

In flight meals.



Air Orange dia rasa agak "kasar"
tapi masih boleh menyusup masuk ke dalam kerongkong yang mengada-ngada taknak air kosong.



Tiba di Doha Airport dalam pukul 12.30pm waktu tempatan.
Sampai lambat 30minit sebab flight ni delay selama waktu itu di Kuala Lumpur.
Tak pe lah, janji selamat landing.
Suhu di luar airport sangat panas. 40 darjah celcius.
Nasib baik lah ada skybridge tu.

Dari Doha ke Istanbul dalam 4jam lebih.
Dalam flight ni kami ketemu seorang pramugari dari Klang, Selangor.
Nama dia Kah Lai.
Dia sorang je pramugari malaysian dalam flight tu.
Dia sangat cantik dan peramah. Cakap bahasa melayu je. hihihi
Yang bestnya, boleh request butterscotch banyak2.
Sebab butterscotch tu sedap sangat.. ummmphh...
masa aku menulis ni pun rasa nak je benda alah tu.

Meals DOH > IST ... butterscotch tu sangat menggiurkan

Dalam pukul  630pm waktu tempatan, Istanbul aku datanggg... ngeee...
Orang punyalah ramai dari setiap pelusuk dunia.
Macam-macam rupa manusia.
Lama jugak beratur nak menghadap imi officer.

Raut wajah imi officer dia boleh tahan lah.
Tapi serius cakap, police dia lagi lah menggiurkan...
kalau tak pecaye korang boleh tengok kat luar Hagia Sophia (kalau ade lah hihi)
Lepas cop PP, terus ke belt 1, amik beg yang berat tuh.

Selesai semuanya kami berdua terus ke Metro Station.
Dari sini kita ambil Line Merah untuk ke Aksaray Station.
Tambangnya 3 Lira.

Sampai di Aksaray, cek-in Happy Hotel  USD20 per night.
Letih sangat sampai tak mandi dan tak tukar baju, terus tidur.
ZzzZZZzZZzZZzzzzzzzzzzzzzzz

Sekian.

*Nota Tambahan

Tambang Metro di Istanbul ni ke mana-mana saja cuma 3 Lira sahaja. 
Walaupun selang satu station, 3 lira jugak.
Melainkan kalau nak tukar Line Warna lain, korang kena bayar 3 Lira lagi.

Jadi, bagi sesiapa yang pertama kali sampai di Istanbul 
dan berniat untuk menggunakan perkhidmatan Metro,
sila tukar syilling awal-awal (kalau boleh). 
Machine token tu lebih mesra syiling. 

Bila lalu je kat "token gate" nanti, kita kena masukkan token tu terus ke dalam kotak tu. 
Aku pun tak reti nak cerita hehe
Maksudnya, terus masukkan token tu. tak perlu bawak ia ke station tempat kita nak turun.


Conquering Caucasus (Part 1)

Airport Rushing

Pagi-pagi lagi ayah hantar ke office di Plaza Sentral.
Sempat aku cek-in di office memandangkan masih awal untuk ambil ERL.
Aku bersendirian. Gelap je lorong nak ke office aku tu.
Masa-masa macam ni la teringat kejadian-kejadian aneh.
Namun aku beranikan diri semata-mata nak ambil passport.
miahahaha.....
inilah rekod kedatangan paling awal.

Setelah siap semuanya, aku keluar semula dari office.
Keadaan di luar sangat gelap dan seperti berkabus.
Sesuai untuk menjalani penggambaran filem seram.
Tajuknya "Walking On The Misty Air" ...
Hmm apa punya tajuk lah tak seram langsung.

Breakfast di McDonalds KL Sentral.
Aku sorang je nampaknya di situ dan ada beberapa orang puteh.
Agaknya mereka juga harus mengejar flight di waktu pagi.

"Breakie wrap with sausage and coffe.. makan sini je"



Tapi sebenarnya dibaginya chicken roll.
Disebabkan tak kena dengan selera tekak aku,
jadinya, aku mintak tukar.
Cik miss yang baik hati tu bagi je breakkie wrap sausage tanpa perlu tukar.
Kini, dua-duanya aku baham. huhuhu...
Oh tidak, chicken roll tu aku makan kemudian.

Jam menunjukkan pukul 650pagi.
Aku bergerak ke kaunter ERL.
terus turun ke bawah tunggu tren.
Tak lama pun tunggu tren.
Pukul 7 tren pun sampai.

7.28am (tepat kan hihihi)
dah sampai KLIA.

Aku berjalan punyalah laju untuk cek-in.
Dengan muka tak bersalah terus potong Q yang panjang tu.
Nasib baik kak fiza dah sampai awal.

Officer in charge tu minta kredit card untuk verify.
Ini pertama kali kaunter officer request kredit kad.
Sebelum ni tak pernah pulak.
Apa pun kena lah tunjukkan juga kredit kad yang sama masa beli tiket online dulu tu.

Kat kaunter sebelah, ada sorang makcik ni.
Dia kata dia beli tiket guna kawan dia punya kredit kad.
Officer tu bertegas untuk verify kredit kad itu juga.
-tak tau apa cerita selanjutnya sebab our luggage now on the moving belt-

Boarding pass suruh kita pergi ke gate C4.
Oh ya bila nampak kapal yang akan membawa terbang ke Doha ni.
(err ayat tergantung hehe)
Sempat aku ambil beberapa keping gambar kapal tu,
dan hantar ke adik ku Danny the Donat.

Aku yakin ramai juga yang ambil gambar kapal terbang sebelum take off.


Tujuan aku ambik gamba nie ala ala status sape ntah MH17 yang ambik gambar plane mcm ni kat AMS tu
Arghhhhhhhh.... jangan pikir bukan2 andromedah!!


First Fly: Malaysia Airlines

Kali pertama aku naik katebang ialah pada tahun 2006...
Sudah tentu Penerbangan Malaysia Tercinta Airlines...
Excited je masa tu.. Sape yang tak excited nak pegi oversea..
Tipu la kalau takde rasa apa-apa.. hihihi

Dalam MH0056.. kul - nagoya


Masa nak balik dari Tokyo...
Di Narita Airport..
Kitorang kan student, berkumpulan.. dekat airport tu memang jalan pun slow2...
rasanya kitorang antara orang2 yang terakir lalu kat sky bridge tu untuk masuk dalam flight..
Kami semua berjalan, tapi laju2...
Bila dah nak dekat pintu, pramugara yang kacak dan tampan (huhu) tu
bagi semangat pada kami untuk melajukan perjalanan...
muka dia pun excited dan nampak very welcome sangat untuk kitorang masuk...
"Cepat cepat.... kita nak balik dah nie.."

Aku tak boleh lupa raut wajahnya seperti sangat rindu-nak-pulang-ke-tanah-air...
err sebenarnya dia sangat kacak... uhuhuhu
Tak lama lepas tu pintu pun ditutup..

Sepanjang aku ke mana-mana,
saat paling best sekali sebenarnya masa "nak balik" tu la...
dah rasa tak sabar-sabar nak sampai rumah...

Korang tau tak, bila aku masuk je dalam flight MH tu,
aku dah rasa seolah-olah. "ohhh kita dah ada di Malaysia"
"Rasa" itu tak sama macam masuk Qatar Airways atau Malindo Air atau Air Asia sekalipun...
Lain sangat.... sebab apa? sebab Malaysia Airlines is ours!

Dalam MAS, pramugari/pramugara biasanya orang2 kita...
pilot pun biasanya orang kita...
jadi, takde rasa terasing walaupun dalam flight MH tu 80% bukan Malaysian...
Kau takkan rasa terasing.... ini serius!
It is ours... hokeh....

Takde sebab sebenarnya untuk tak mau naik MAS konon2 nak hidup lama...
Hidup lawannya mati... bukan semua orang dalam kubur tu mati sebab kapal terbang terhempas...
hmmm...

Sepanjang perjalanan tu ada sesekali berlaku turbulance....
dasyat betul dia punya goyang... kadang-kala menakutkan...
dan dan tu kena pakai seat belt...

sebelum mendarat, katebang akan diturunkan dari sekian kaki ke sekian kaki dari paras  laut..
tapi pilot tu turunkan kapal terbang tu macam roller coaster turun dari puncak sampai ke bawah...
aku boleh rasa macam jantung aku tertinggal kat atas...
kawan sebelah aku dah menjerit pastu pegang tangan aku....
kawan lelaki yang sebelah lagi konon-konon request "one more.. one more"
pastu kami ketawa hahahaha.... tak lama lepas tu pilot tu buat lagi benda yg sama...
adesss... kecut perut aku lah....
ni kalau duduk seblah mat saleh ensem dah lama aku peluk....

*gambar aku kat atas tu diambil oleh seorang pramugari...
agaknye dia kesian tengok aku ambik gambar sendiri..
err masa tu belum ada lagi istilah selfie menyelfie....

oh ya.... Selamat Hari Raya... Maafkan saya atas segala salah silap... semoga diampuni....

me, mamato and nikko.. 



Badrul Muhayat



malam tadi aku mimpi badrul muhayat hensem macam muda2 dulu...
dia dalam mimpi tu kapel dgn aku... (uweekkk)
jalan2 kat tepi laut yg ada kapal2 yatch... 
time tu senja lembayung....
masalahnye, aku nk tangkap gambar pemandangan masa tu cantik giler....
aku siap niat nk tunjuk kat amnet/fb lagi...
tapi si badrul muhayat ni sibuk soh aku amik gamba dia...
tak kasi aku amik gamba laut.... 
tak sampai 5 saat, kapal2 layar tu dah jauh ke tengah laut..... 
merepek..

South Korea: (1st day - Busan - Gyeongju )

Hai Kawan-kawan komputer...

Aku dah lama tak update blog ni...
entah berapa lama awek mat saleh tu duduk je atas kerusi kat blog aku ni..

Jadi hari ni aku rasa macam rajin la sangat je untuk upload gambar dan cerita sikit2 tentang travel trip 24th January - 3rd February 2014.

Flight malam dari KUL - Busan. Takde pemandangan yang cantik pun. Aku tidur je separuh masa perjalanan. Warga Korea memenuhi ruang kabin. Orang Malaysia boleh kira je kot. Sebelah sit aku dah tentu orang Korea. Ahjumma dengan adik/anak dia. Bila FA dah start nak bagi meals, ramai yang terjaga.
Ahjumma sebelah aku pun terjaga. Dia ada order makanan thru online tapi dia taknak. Jadi dia sedekahkan dekat aku Kimchi Chicken Duruchigi Rice. Kali pertama aku rasa Kimchi. Sebelum ni aku cuma terbayang-bayang apa lah rasa kimchi itu. Bila dah rasa sedap jugak.

Kimchi Chicken Duruchigi Rice

Sebenarnya ahjumma tu 'paksa' aku makan. Jadi aku makan bukak cover tu aku terus makan. Sedap. Tengah lapar, apa pun sedap...

Tadaaa.... Kimchi



Yay berjaya menghabiskan kimchi. Yang lagi bestnya ahjumma tu bagi aku satu lagi kimchi yang sama. Dia suruh aku makan jugak. Korang rasa-rasa aku makan tak? hihihi

Pagi sudah.. Masa ni tengah sunrise. 

Busan
Touch down di Busan. Ambil Bas ke Gyeongju. Sampai Guesthouse dalam pukul 4petang. 
Malam tu (tak la malam sangat) jalan kaki ke Anapji Pond. 


Anapji Pond ni taman istana di zaman silam. Dibina pada kurun ke 14 ketika pemerintahan Raja Munmu (king Munmu) yang berkuasa pada 661-681 AD.



Ikan dapat hidup di dalam kolam itu walaupun permukaan kolam telah beku. Tapi ikan tu berenang perlahan-lahan saja. Kuasa Tuhan kan... hmmm


Aku tak bawak tripod. Jadi gambar pun tak berapa lawa.




Sekian...